SELAMAT DATANG KE HOMESTAY AL-HADI PARIT RAJA JOHOR..UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI PUAN HABIBAH 019-7535 244..

Sunday, 23 November 2014

HOMESTAY AL-HADI , PARIT RAJA JOHOR

Homestay Al-Hadi terletak di Taman Gemilang Harmoni Parit Raja Johor. Homestay ini merupakan rumah jenis berbandung setingkat dengan keluasan 40x100 kaki persegi. Homestay ini juga menawarkan sewaan bilik sahaja ataupun sebuah rumah. Kadar sewa mengikut harga yang telah ditetapkan.Homestay ini mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air dengan ruang garaj yang boleh memuatkan 4-5 biji kereta dalam sesuatu masa.




Garaj kereta
Landskap hadapan
Pandangan sisi
Sliding door sisi

 Ia mempunyai ruang tamu yang sangat luas dan selesa untuk seisi keluarga beriadah. Homestay ini mampu memuatkan 20-30 orang tetamu dalam satu masa.



Ruang tamu
Ruang tamu 
Ruang tamu
Sofa di ruang tamu


Bilik utamanya berkeluasan 14 x14 kaki persegi. Bilik yang sangat selesa ini dilengkapi dengan katil, almari dan kipas angin. Katil yang tersedia adalah katil berciri moden yang tinggi dan selesa. Pastinya tidur di atas katil ini memberi satu pengalaman yang berbeza dan menenangkan. Bilik utama ini juga dilengkapi dengan kemudahan bilik air.



Bilik utama 1
Bilik utama 1
Almari bilik utama


Bilik kedua juga memberikan impak yang sangat selesa dengan ruang yang sangat luas. Bilik ini dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz queen, almari dan kipas angin.



Bilik tidur 2
Bilik tidur 2
Almari bilik tidur 2


Bilik ketiga pula terletak di sisi kanan dengan pemandangan taman. Bilik ini dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz queen, almari pakaian, dan kipas angin. Bilik ini juga dilengkapi kemudahan bilik air.



Bilik tidur 3

Bilik tidur 3



Bilik keempat pula merupakan bilik sembahyang dan juga bilik untuk berehat bagi tetamu. 


Bilik Solat & Rehat 
Ruang cermin


Laluan ke dapur dari ruang tamu utama


Ruang dapur homestay al-hadi dilengkapi dengan set meja makan, sudu, pinggan, jug air, cawan, peti sejuk, pemanas air,periuk elektrik dan pembakar roti.
Frame gambar

Meja makan
Ruang Dapur
Ruang Dapur


Kelengkapan dapur 
Sinki Dapur

Dapur memasak

Laman belakang yang luas sesuai untuk pelbagai acara antaranya :

1. Barbeque
2. Aktiviti riadah bersama keluarga
3. Harijadi dan majlis tertentu

Ruang belakang yang luas


No comments:

Post a Comment